(ARTIS) Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim

| July 18, 2013 | 0 Comments

Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim yang sangat menyentuh hati ramai pihak setelah Ashraf Muslim telah menikah untuk kali kedua di Thailand bersama Wan Sakinah.

TRIGYY COM puisi isteri pertama ashraf muslim kahwin wan sakinah di Thailang july 2013 2

Isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman mesti terkilan kerana mengetahui suaminya telah berkahwin bersama isteri keduanya Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand.

Terdahulu, Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, menarik balik permohonan berpoligami yang difailkannya pada 9 April lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Berikutan itu, pada prosiding hari ini, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab di dalam kamarnya memerintahkan Ashraf membayar RM8,000 kepada Noor Dayana sebagai kos mahkamah. Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 di depan Kaabah.

sumber


puisi isteri pertama ashraf muslim, ashraf muslim, wan sakinah, dayana

Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

 

Namun begitu, Puisi diatas adalah bukan dari Noor Dayana sendiri, tetapi adalah nukilan dari Ana Hawana. Jangan salah faham, kasihan Noor Dayana.

TRIGYY COM puisi isteri pertama ashraf muslim kahwin wan sakinah di Thailang july 2013 4

Video 

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , , , , ,

Category: Artis

Leave a Reply