(ISLAM) Puasa Sunat Asyura – 10 Muharram

| November 22, 2012 | 2 Comments

Puasa Sunat Asyura – 9, 10, 11 Muharram 1435 H. Tarikh puasa asyura bersamaan 13, 14, 15 November 2013.

Kelebihan berpuasa pada hari asyura (10 Muharram) ialah diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).

puasa sunat asyura, 10 muharram, puasa asyura, puasa sunat 10 muharram, puasa sunat bulan muharram, asyura

Puasa Sunat Asyura

Sirah Puasa Sunat Asyura

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata :

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari‚ Asyura, maka Beliau bertanya : “Hari apa ini?. Mereka menjawab :“ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda:

“Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian“

Maka beliau berpuasa dan memerintahkan shahabatnya untuk berpuasa.

(H.R. Bukhari dan Muslim)

 

Kelebihan Puasa Sunat Asyura

Dari Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW, bersabda :

“ Aku berharap pada Allah dengan puasa ‘Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

 

Ibnu Qoyyim Rahimahullah dalam kitab Zaadul Ma’aad –berdasarkan riwayat-riwayat yang ada menjelaskan 3 cara berpuasa sunat asyura :

  • Cara pertama, dan ini yang paling sempurna adalah puasa tiga hari, iaitu puasa tanggal sepuluh ditambah sehari sebelum dan selepasnya (9,10,11 Muharram)
  • Cara kedua, puasa tanggal 9 dan 10 Muharram. Inilah yang disebutkan dalam banyak hadis.
  • Cara ketiga, puasa pada 10 Muharram saja .

 

sumber: iluvislam, facebook Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , , ,

Category: Islam

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. lion says:

    mohon share..tq

Leave a Reply