(INFO) Cara Membuat Durian Crepe

| November 27, 2012 | 9 Comments

Cara Membuat Durian Crepe

Durian Crepe telah menjadi salah satu fenomena di Malaysia. Durian Crepe Resepi menjadi trend pada waktu kini. Entri ini akan berkongsi cara membuat durian crepe.

 cara membuat durian crepe, durian crepe

Tutorial membuat durian crepe dan resepi durian crepe ini diambil daripada blog mylovelyfamily-ana.blogspot.com

 

Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
Cara-Cara Buat Durian Crepe
Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.
Kacau campuran tadi sehingga sebati
 
Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.
 
Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.
 
Masukkan air. Kacau campuran.
Masukkan Butter cair. Kacau campuran.
 
Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.
Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.
 
Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim
Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , ,

Category: Info

Comments (9)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. aisyah says:

    Fresh Cream boley jadi Whipping Krim ye ???

  2. mimi says:

    minta izin share, terima kasih

  3. anoynomous says:

    tolong mute kan lagu. sangat menggangu. terima kasih

  4. samsinar says:

    macam mana nk buat whipping.tq

  5. miera says:

    knape whipping cream yg sye dah whipped still cair??

  6. bella says:

    hi.slalu sya buat kulit dya merekah..apa yg menyebabkan rekahan ye? n kulit jd tebal..ada tips x nk bg cantik elok..bnyak kali try x menjadi..
    =(

  7. Dila says:

    salam…saya ad beberapa soalan.harap awak dapat membantu saya :)
    1.Macam mana nak buat kulit crepe bagi licin elok mcm gmbar kat atas.
    sebab saya da try buat tp merekah.saya guna no-stick pan saiz 12.

    2.whipping cream mcm mana nak bagi pekat mcm gambar kat atas.saya buat cair.da putar lama.??

    3.durian crepe pic kat atas saiz berapa?besar tu makan baru best.hehe

    harap dapat membantu saya.tq

Leave a Reply