(ISLAM) Hukum Ambil Wudhu Ketika Haid

| October 4, 2012 | 1 Comment

Hukum ambil Wudhu Ketika Haid. Persoalan sebegini akan datang kepada wanita ketika datang haid terutama para remaja yang baru datang haid. Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan perkara hukum ambil wudhuk ketika haid.

Hukum Ambil Wudhu Ketika Haid, wudhu haid, wudhu ketika haid, ambil wudhu ketika haid,

Hukum Ambil Wudhu Ketika Haid

  1. Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.
  2. Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.
  3. Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.
  4. Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.
  5. Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.
  6. Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.
  7. Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariakan. (sumber)

 

** Warna merah diatas ada disebut dalam video Ustaz Azhar Idrus dibawah

 

Video Youtube Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , , ,

Category: Islam

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ku nur ainina ku azman says:

    assalamualaikum..
    jika membaca al-mathurat,adakah kite dibolehkan mengambil wudhuk??

Leave a Reply