(ISLAM) Solat Jamak Qasar – Ustaz Azhar Idrus

| September 26, 2012 | 0 Comments

Solat Jamak Qasar – Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2012. Ustaz Azhar Idrus ada menjawab persoalan tentang masalah dalam Solat Jamak Qasar ini. Ramai yang masih keliru dengan syarat-syarat solat Jamak dan Qasar ini.

solat jamak qasar, solat jamak, solat qasar, ustaz azhar idrus, uai, video ustaz azhar

Solat Jamak Qasar

 

Apakah itu Solat Jamak & Qasar ?

  • Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib.
  • Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak.
  • Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

 

Solat Jamak Terbahagi kepada Dua:-

  • Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
  • Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

 

Syarat Solat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Solat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Solat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

 

Niat Solat Jamak Qasar boleh dirujuk di laman web Ustaz Nor Amin

 

Walaubagaimanapun, ada yang masih keliru dengan maksud bermusafir. Dimanakah yang membolehkan kita menunaikan solat Jamak & Qasar? Dengar penjelasan dalam video Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini.

 

Bagaimana Solat Jamak Qasar dikira tiga hari ?

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , ,

Category: Islam

Leave a Reply