(FILEM) 3 Temu Janji – Yana Samsuddin & Pierre Andre

| April 2, 2012 | 0 Comments

Filem 3 Temu Janji adalah salah sebuah filem melayu yang baru pada tahun 2012 keluaran MiG Production. Filem ini akan mula ditayangkan pada 5 April 2012 dan pengarah filem 3 temujanji adalah Hashim Rejab.

Barisan Pelakon Filem 3 Temu Janji adalah:

Yana Samsudin  : Reanna (Pelakon Utama)
Pierre Andre  : Sein (Pelakon Utama)
Diana Amir : Amanda (Pelakon Utama)
Kamal Adli  : Kamal (Pelakon Utama)
Wawa Zainal : Adira (Pelakon Pembantu)
Farid Kamil : Farid (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack  : Sam (Pelakon Pembantu)
Esma Daniel : Eizlan (Pelakon Pembantu)

 

>>Download Filem 3 Temu Janji<<

 

SINOPSIS FILEM 3 TEMUJANJI

Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

TRAILER FILEM 3 TEMU JANJI

>>Download Filem 3 Temu Janji<<

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , , , , , , ,

Category: Filem

Leave a Reply