(ARTIS) Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Bercerai

| April 11, 2012 | 10 Comments

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tidak bercerai. Sila baca petikan daripada Berita Harian dibawah.

UPDATED : 17/5/2012

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam membenarkan permohonan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, menarik balik hasrat untuk bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 36.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu dan turut memerintahkan Mohamad Aidil Zafuan (plaintif) membayar kos kerugian kepada Rita Rudaini (defendan) sebanyak RM250 kerana menarik balik kes itu pada saat akhir iaitu sehari sebelum sebutan kes ditetapkan pada 15 Mei lalu.

Mohamad Aidil Zafuan ketika ditanya di luar mahkamah berharap hubungannya dan Rita Rudaini kembali pulih demi dua anak mereka. - Berita Harian

 

 rita rudaini dan aidil zafuan, rita rudaini dan aidil zafuan bercerai, anak rita rudaini, anak aidil zafuan, anak rita rudaini aidil zafuan, rita aidil bercerai, artis bercerai

BERITA TERDAHULU APRIL 2012

Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Bercerai ? Aduh, sekarang ini, makin ramai artis yang sedang mendirikan rumah tangga, tetapi timbul pula kes cerai antara artis dan pemain bola sepak iaitu Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Jika ada kesilapan dalam berita yang tidak baik ini, harap minta maaf kerana saya cuma kongsikan apa yang dikongsikan oleh beautifulnara.

Utusan telah melaporkan bahawa Rita Rudaini telah mendapat SMS daripada Aidil Zafuan tentang penceraian mereka selepas sekian 4 bulan Aidil Zafuan menghilangkan diri. Sebelum ini, mereka berkahwin di Thailand dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

SMS yang diterima oleh Rita Rudaini:-

“Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”

 

Maklum balas daripada Rita Rudaini:-

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya”

 

 

rita rudaini, aidil zafuan, anak rita rudaini, anak aidil zafuan, anak rita aidil, rita rudaini bercerai, aidil cerai rita

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: , , ,

Category: Artis

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. shana says:

    salam buat rita dan aidil
    Pada mulanya saya merasa amat gembira kerana mendapat tahu bahawa kelian sudah menikah. Saya berdoa agar kelian akan hidup bahagia walaupun mendapat tentangan dari keluarga lelaki.

    Tapi pada hari ini sekali lagi saya menerima berita sedih bahawa aidil telah memohon untuk bercerai. Sekali saya menadah tangan kpd allah berdoa agar allah menghalang penceraian ini. Kepada aidil saya memohon agar fikirkan kedua-dua anak yang telah sedia ada dan kesetiaan rita walaupun menerima berbagai tomahan untuk terus bersama aidil.

    Fikirkan lah terbaik untuk semua. Sepatutnya aidil telah cukup matang untuk membuat keputusan. Seandainya rita telah melakukan kesalahan tegur dan bentuklah dia supaya menjadi seorang isteri yang menepati cara islam.

    Buat Rita pula jagalah kerukunan rumahtangga dan menjadi isteri yang terbaik demi suami dan anak-anak. Tidak perlulah kita mengambil tahu hal orang lain yang boleh mengeruhkan keadaan.

    Berdoa sahaja pada allah agar segala yang buruk di jauhkan allah dan segala yang baik menjadi pegangan kita.

    Saya memohon pada rita agar berfikirlah dengan secara rasional dan perbaiki kehidupan berumahtangga semoga rita dan aidil terus hidup bahagia dari godaan yang datang.

    • AIDIL KHAIDZIR says:

      kepada Aidil… nama saya pun Aidil , baru ni saya juga mempunyai masalah dgn isteri saya berumur 4 tahun lebih dari saya dan mempunyai 2 anak lelaki, alhamdulillah sekarang semua selesai dgn baik pada 2 hari lepas. Keputusan pada kita, cubalah pandang kedua mata anak. Memang kita sendiri tak sanggup… Kepada RITA, kelembutan suara dan kata2 wanita adalah pelembut kepada hati seorang lelaki, memang saya akui , saya EGO. KELEMBUTANNYA telah membuat hati saya cair…. sekarang kami bersatu semula. Walaubagaimanapun lelaki mengharapkan doa seorang IBU. Kalau sayang anak , bersatulah semula.

  2. hajar says:

    Buat aidil & Rita
    hancur nya hati seorg isteri apabila suami nya lari tanpa berita, tiba2 hadir 1 sms utk permohonan perceraian. sy xpenah mengenali anda bdua sekdr tau sape anda sbg org glamer. apa pun mslh n siapa pun yg bslh, kesudahan rumah tngga dgn penceraian adalah 1 perkara yg amat menyakitkan terutama utk isteri n yg plg terasa adalah anak2.mgkn ada hikmah yg tsembunyi, andai ini suratan nya sama2la redhakan nya. mulakan hidup baru n maafkan semua org dgn hati yg ihklas. jgn ada dendam di hati kerana itu kunci utk kebahagiaan akn dtg. insyAllah Allah maha Mengetahui

  3. nina says:

    setiap yang berlaku ada hikmahnya, diharapkan aidil fikir sebaik mungkin tentang masalah ini…perkawinan bukan perkara untuk dimainkan dan fikirkanlah masa depan anak2 kalian…sekarang mereka masih kecil dan tidak tau pape,tapi suatu hari nanti, mereka dapat berfikir dengan matang tentang apa yang berlaku pada kalian,…mohon fikir sebaik mungkin…

  4. norfa faudzi says:

    adakalanya, kita sbg manusia tdk akn pernah lari drp kesilapan. krn kita cuma insan biasa. namun, sy sbg seorg perempuan, cukup tersentuh hati melihat kecekalan kak rita dlm mengharungi masalah rumahtangga yg cukup rumit. ingin salahkan takdir, siapalah kita. mungkin ada hikmah yg tersirat yg masih kak rita belum nmpk. penceraian daa pun berlaku. dan kita sbg seorg perempuan, xbley nk buat apa2. sbb talak di tgn si suami. apa2 pun, sy dan yg lain2 sentiasa menyokong an mendoakan yg terbaik utk kehidupan kak rita dan anak2 slps nie. mungkin ada lelaki lain yg lebih baik utk kak rita. amin.

  5. nur liyana says:

    salam, penceraian diharuskan jika tidak ada jalan penyelesaiaan tapi penceraian juga tidak disukai Allah.fikirlah sbaik2nya sebelum kputusan dibuat fikir tntng masa depan anak2. Memang pnceraian bg rita n aidil adalah jalan penyelesaian yg terbaik tpi bgaimana dgn anak2?mereka tidak tahu apa2 dan sngt memrelukan kasih syg jangan nanti bila mereka sudah besar mereka akan menyalahakan kamu berdua. saya doakan kalian tidak mengambil kputusan yg mengecewakan peminat kalian yang paling penting agama.Sya syg kalian walaupu kita tidak mengenali…

  6. haida says:

    asslm…bersabarlah kak ita,walau apa pun yang terjadi semuanya datang dari allah,kita cuma perlu berserah segala2nya kepadanya,banyak-banyakan berdoa semoga tuhan memberikan jalan penyerlesaian yang mudah untuk kak ita tempuhi…saya berdoa semoga kak ita menjadi seorang wanita yang tabah dan sabar dalam mengharungi liku2 kehidupan ini amin…

  7. tengkuLingga says:

    maaf akan kata-kata saya ini…Aidil belum matang dalam kehidupan. apatah lagi dalam alam rumahtangga. Aidil buat kesilapan besar. Dia akan dibayangi kesilapan yang dia sedari kemudian tetapi untuk berpatah semula masih ada harapan. jangan anda terlambat…masa semakin kurang, pulanglah ke pangkal jalan. jadilah suami semula kepada Rita. Buangkan perasaan benci dan hayati perasaan cinta seperti mula mula anda bertemu Rita. percayalah, anda akan bahagia. kepada Rita saya berpesan; jadilah isteri kepada Aidil semula dan ingatlah bahawa dua cahaya mata tu adalah rezeki untuk anda berdua…kesian anak anak yang sudah tentu kecewa apabila dapat tahu ibu bapanya bercerai ketika mereka masih kecil…lihatlah wajah kedua anak anda…seiras anda berdua kan?…Rita dan Aidil. hasutan bercerai ni kerja syaitan…syaitan ketawa…dia menang…so anda mahu syaitan terus ketawa? – kaunselor. 0129279261

  8. hamba allah - aisyah azmi says:

    slam, sye minx maaf ye tp sye stju ngn tengku lingga yg mengatakan aidil x mtg.. Dan rita pula sye lihat jenis yg suke membuka keaiban suami sndiri.. Sye minx maaflah ye.. Tp, ingat sume ni keje syaitan yg direjam.. Saat rita dn aidil slmt dipisahkan, spt yg dikatakan oleh tgk lingga td, syaitan tu akn ketawa brdekah- dekah.. Fikirkn nsib ank yang akn kehilangan kasih seorag bapa.. Mungkin rita akn kate yg rita bnrkan aidil jumpe ank2, tpi smpi bile..?? Sbnrnye, sye x mengikuti pun prkmbngn kamu berdua, tp sejak mta sye melekat kt tv tng aisil main bola, sye mula memikirkn hal kamu brdua dn agk kecewa. Dan sejujurnye, sye x thu status kalian samada sdh bercerai atau blum.. Mungkin agak memalukan, tp x pe.. Kalau kalian blum bercerai, tolonglah… Terimalah sesama sndiri.. Rita jgn pndng kelemahan aidil semata- mata dn begitulah juga sblknya… Sye hrp, kalian berdua fikir baik- baik… Muke aidil sma mcm seseorg yg sye syg. Dia pun pndi main bola jgk.. Sye x nk bnda ni jdi kt dia mahupun kt aidil sndiri… Skali lagi, sori.. Niat sye hnye hndk menasihati kalian berdua.. Tp, andainye semua sdh trlmbt, tkdir allah.. Jika Allah mengkehendaki kalian berpisah, itu pasti akn trjadi.. Kun fa ya kun.. Segala yg allah nk, akn terjadi… Sekian

  9. bibiana says:

    maaf terlebih dahulu jika saya tersilap cakap…buat aidil..jangan ambil peduli apa kata orang sekeliling,saya yakin rita amat menyayangi kamu…ingatlah susah senang yg terpaksa dia tanggung untuk hidup bersama kamu…semua itu adalah satu pengorbanan…dia isteri kamu dan sepatutnya kamu lebih faham dia dari orang lain,buat rita tabahkanlah hati,besar pahala buat orang2 yg sabar…semoga semuanya akan beroleh kebaikan,dekatkan diri pd Allah..minta dgn Dia…

Leave a Reply