(ISLAM) Niat & Cara Mandi Wajib / Junub yang Sah
Vitamin C Organik 500mg – Rawat Jerawat & Resdung
Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Sebab anda perlu Mandi Wajib
- Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
- Keluar mani walaupun sedikit.
- Mati melainkan mati syahid.
- Keluar haid bagi perempuan.
- Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
- Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib
(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
- Niat
- Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
- Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib
- mengadap kiblat
- membaca basmalah
- membasuh dua tapak tangan
- mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
- menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
- berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
- tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
- membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
- Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
- Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Jom dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus bab Mandi Wajib.
Jom gelak ketawa apabila Tok Imam lupa mandi Junub.. hehehe.
>>Adab Bersetubuh Cara Islam<<
Artikel terbaru dalam kategori yang sama:
- (ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Mei 2013
- (ISLAM) Puasa Bulan Rejab 2013 – Ustaz Azhar Idrus
- (ISLAM) Hukum Gugurkan Kandungan – Ustaz Azhar Idrus
- (ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus April 2013
- (ISLAM) Gambar Masjid Cantik Di Dunia
- (ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Mac 2013
- (ISLAM) Maksud Bacaan Dalam Solat
- (ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Februari 2013
- (ISLAM) Kalendar Islam 2013 Malaysia
- (ISLAM) Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2013
Category: Islam



“Niat dahulu sebelum mandi” : sebelum mandi apa?mandi biasa atau mandi hadas besar?
niat untuk mandi hadas besar. mandi biasa cuma nak hilangkan kotoran atau halangan shj.
iya lah apa lg
niat sebelum mandi hadas . mandi biasa tak perlu niat .
apa awk nie
saye rasa was-was bila hendak mandi wajib,cuba terangkan cara mandi wajib dgan betul?ni no telefon sye 0145443464
saya rse btter awak b’jumpa dgn ustaz.. sbb sy bkn ustaz..
Islam tu mudah..bley niat sblom msuk bilik air lg..cth:da bngun, da berniat nk msuk bilik air kerana nk mandi wjib..senang je..Allah Maha Mengtahui..yakin dgn sifat 99 Allah..yg penting..lillahitaala
boleh ea macam tu?
waktu nak mandi hadas besar tu, perlu menghadap ke arah kiblat tak?
better awak tanya ustaz untuk lebih details, sy cuma share apa yg patut jer..
Mengadap kiblat itu adalah sunnat..tak mengadap pun tak apa.sebaik2 mengadap kerana apabila kita melakukan perkara sunnat kita dapat pahala lebih..
thanks for the answer
tak mengapa kalau tak menghadap kiblat pon.. tu cume sunat shj.. klau bleh wktu nk mandi tu hadaplah kiblat lg bagus…
sekarang ni byk dah sumber bole dapatkan ilmu tu..tapi..lebih afdal la kalu rajin menghadiri kuliah agama, kita yg xtau dapat pahala belajar dan xberdosa buat silap yg kita xtau tapi kita dalam keadaan menuntut ilmu.
Bagus kongsikan artikel begini kerana masih ada lagi dikalangan
umat Islam tidak tau mandi wajib dll…
askum….nk tanya mandi wajib bkan mandi hari-hari kan?
wsalam. bukan..
tak salah mandi hari-hari kalau rajin..ustaz saya cakap.
awk tau x?
macamne kalau kite x yakin, yg kita dah mandi wajib..?
better mandi lagi.
Xpe.. klo boleh buang rase was was tu.. ikot step.. biasenye syaitan suke hasut bile hati kita was was… jgn layan bisikan syaitan…
thanks for the comment.
Aslm .. Sy nk tanye ,, sila jwb jika bole .. Jika kite onani ,, Adakh akn kluar juge air mani ??
wsalam, kalau sampai terpancut, air mani la tu…
yela…
Lol , Thanks
msh menjadi persoalan,mandi wajib ni sah ke kalo kite mandi dlm keadaan tidak ada seutas benang pun..
takda masalah pun, dari segi hukum, better awak bertanya pada ustaz k
sah kut
Teerima kasih byk2 atas perkongsian artikel ini..
Nice article n thanks for sharing..
selama bertahun-tahun saya tak tahu cara-cara mandi wajib..akhirnya jumpa juga cara yang betul.alhamdulillah..kalau tak saya rasa hidup saya seperti tidak tenang
Saya da mandi wajib dan berpuasa dan bersolat. Di petang hari saya perasan yg tapak kaki saya terdapat sedikit cat yg menghalang air dr kulit. Sah kah puasa dan solat saya?
saya ada terdengar satu video ustaz azhar idrus, tapi bab wudhuk, maybe boleh dikaitkan… dia cakap, kita ambil wudhuk, then solat, lpas solat kita nampak ada sisik ikan pada kulit.. so kemungkinan sisik itu datang selepas ambil wudhuk.
kalau kes awak ni, maybe cat tu datang selepas awk dah mandi wajib dan solat..
Tapi, untuk keterangan lebih details, better awak bertanyakan pada ustaz-ustaz k
aslm…kalau kita mandi wajib kita mandi biasa dulu atau mandi wajib terus!!!
klu berkahwen nk mula kn bersetubuh gn isteri,klu x ikut care2 bersetubuh d kira mcm ne ek…nk tau je.
1 lg…klu mndi wajib air x ckup 200ltr mcm ne plak ek,besa la dh umh aparment air tngki pn x smpai 200ltr..mcm ne 2?blh jelas x..
salam, saya nak tanye, sebelum saye start mandi wajib, kite kene mandi biase dulu ke ? atau bersihkan badan dengan towel ?
terima kasih.
Kalau terlupa basuh kaki bila dah habis mandi macam mana ?
tumpang tanya,bila kita nak mandi wajib,mandi wajib dahulu ke
atau mandi biasa dahulu ?
Mase mandi wajib tu kena bogel atau kena pkai ape ape ke
assalamualaikum …apa yg dmksdkan dgn (berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus) kurang jelas…
blh ker mandi wajib n mandi junub di buat skali
APAKAH HUKUM MANDI WAJIB UNTUK HAID DAN BERSETUBUH DILAKUKAN SERENTAK? SAH KE??PERLUKAH SAYA MANDI 2 KALI MENGIKUT KATEGORI?
adakah anda bersetubuh ketika haid? Haram bersetubuh ketika haid.
kl brsetubuh d msa haid haram hukumnya…tp jika mksd saudri brsetubuh slpas kring darah haid, apabila hendak mandi wajib ckup sekadar berniat “sahaja aku mengangkat hadas besar krana Allah taala” ini krna keluar mani dn darah haid trgolong dlm hadas besar…tdk prlu utk mndi 2 kli dgn niat y berbeza mngikut kategori…ini krana apabila kita telah mndi hadas besar automatik semua hdas besar trmasuk hdas kecil akn sama terangkat….sila rujuk youtube 30 mnit bersama ustaz don dlm bab mandi wajib sahabat akn lbih fhm lgi….ini skdr prkongsian ye….
boleh ke bersetubuh slps darah haid kering tapi belum mandi wajib. bukan ke selagi x mandi wajib masih di kira dalam ‘masa haid’
alhamdulih aku lah ngerti, terimakasih ye
terima kasih kepada sesiapa yg creat page ni .
ohh…
mkcih y?
skrg makin ngerti aq.. hehe
kalau sempat terniat dalam hati atau terjanji ingin mengulang atau membatalkan mandi wajib bahkan sempat berencana ingin mengulan tapi kemudian diyakinkan saja apa masih sah mandi wajibnya..?
Assalamualaikum…Saya nak tanya kalau tidak niat dalam bahasa arab sah atau tidak mandi wajib???
Assalamualaikum…saya nak tanya, jika seseorang dalam keadaan awal haid tetapi telah terbaca susuatu yg ghairah (keluar mani). Bagaimana niat mandi wajib?
waalaikummussalam. ek, saya tak sure plk dgn hal prmpuan since sy ni lelaki..
Assalamualaikum. kalau nak mandi wajib ni boleh tak pakai hose pipe?
waalaikummussalam, sy bukan ustaz, tp saya rasa, boleh guna apa shaja asalkan air kena pada smua tmpat. klau silap, sy mohon ampun ye
jika kita selesai mandi hadas dah solat, ada bnda di kuku (bkn najis)kuku pon pendek, sah ke mandi kita?atau ber kait dgn jawapan sisik ikan tu?
mungkin berkait dgan jwapan sisik ikan tu.. tapi kalau rasa ragu2 sangat, mandi je smula
ustadz saya mau nanya , gini saya kn saya kan mau mandi wajib tp saya mandi wajibnya biasanya lama , trus mama saya bilang jangan lama lama mandi nya,trus kalau ngga salah saya juga mengiyakan dalam hati untuk tidak lama lama mandi, eh ternyata saya lama ttp mandinya ,,,yang saya mau tanyakan sah ngga mandi wajib saya kalu seperti itu… ?
mula-mulanya saya nak ckap, sy bukan ustaz… psl mslh awk tu, tak kisah mndi skjp ke lama, asalkan air kena pada smua tmpat.
kalau kita niat dulu baru kita mandi wajib boleh ka:??? n dengan lafaz saja
saya rasa kalau niat dlm bhsa melayu pun blh
niat bhsa melayu k arab k semua pon blh y pnting niat dlm hati dn pastikan niat saudari itu btul.
terima kasih.. untuk info ini..
bagaimana seharusnya apakah sesudah mandi wajib harus wudhu atau tidak, apabila akan melakuakan shalat
syarat sah nya mandi hadas besar
1.niat mandi hadas besar
” dalam hati mgucapkan, niat mandi hadas besar di sertakan menyiram tubuh dngan air”
2.rata
” sebaik nya tubuh di siram agar merata/tbuh tersiram air semua,terutama di laki” di bwah kemaluan nya biar basah semua bagian tubuh manusia di usahakan agar basah dan merata,dan jangan lupa bagian dubur agar di basuh air, membasuh nya dngan cara sperti anda cebok.
wasalam…
bleh x kalo mandi wajib x tutup aurat lepastu mandi gune shaweryg slalu kite gune kt rumah
sy rujuk balik page nih thx..syukur selama nih sy memenuhi rukun aminn..Allah saja yang menilainya sah atau tidak..tp sudah berniat..dan tertibnya..seminggu sekali sy mandi..
mandi biasa boleh pakai sabun dengan syampu ?
Berwuduk lepas mandi wajib ke , mandi biasa .?
Assalammualaikum, sy ingin bertnye.. Boleh ke mandi junub dan mandi wajib dibuat dlam satu niat? Sah ke mandi itu? Ataupun perlu 2 kali mandi,mandi junub bru lah mndi wajib.. Mintak sngt dpt terangkan pd saya, ingin thu sgt.. Trima kasih
SALAM..saya nk taw sah ke mandi wajib kalau rambut kita masih berminyak akibat minyak rambut..syukran
Asalam . kalau kita mandi wajin then kita pegang kemaluan atau dubur batal ke tidak ?
salam. nk tanya ni. kalau lelaki yang baru bersetubuh dengan isteri, lelaki tersebut harus menggunakan niat mandi wajib atau mandi junub ?
salam..saya nak tnya..klu kita mnd hdas beso..kita ambil wduk dahulu kan..hanya tgal lgkah yg terakir.(basuh kaki).dkira kita sedang brwduk.pastu kita perlu perlu meratakan air keseluruhan angota bdan yg zahir dengan mengosok badan dengan tgan..adakah perlu kita mengosok di qubul dan dubur dengan tapak tgn supaya air dapat mengenai kawasan tersbut(sulit).adakah batal wduk serta mndi hadas besar tesbut???(kita tidak boleh myentuh kemaluan dengan tapak tgn kerana akan membatalkn wduk kita)..selapsa selesai semuanya bolehkah kita menunaikan solat dgn wduk tersbut?
tdak sah jika meminggangg dubur..betol tak..lafaz niat boleh atautidak…lafaz dulu baru kita mandi wajib boleh ka??
mandi biasa dulu ke @ mandi hadas besar trus ??
Assalam…Nice artikel…Mohon share di blog sy ye…tqvm
kalau nak mandi wajib untuk haid , bolehkah baca macam ni “sahaja aku mandi wajib kerana allah ta’ala” ? musykil !
Assalamualaikum, saya tertarik dengan artikal di atas mengenai mandi wajib.. saya ada satu pertanyaan mengenai membasuh kemaluan dan dubur semasa mandi wajib. adakah membasuh tanpa berlapik boleh membatalkan mandi wajib tersebut atau tanpa berlapik mandi wajib adalah sah? mohon tolong jelaskan.
Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Sebab anda perlu Mandi Wajib
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib
(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. BACA DENGAN TELITI! HARAP DPAT MEMBANTU KAMU SMUA!
Thanks mas atas info nya, berguna bangeet
Salam ,, sya nak tahu . Klau kita kluar mani , lepas tuh kita tk mandi wajib . then , esok tu pulak . Air mani keluar lagi sekali .. brpa kali mndi wajib yg perlu kita lakukan ? – May Allah Bless to those who answer this -
sye pelik…mule2 die kata amek wudhuk…tp bile baca yg bwh…katanya amek tp x yah basuh kaki…sye rse was2…sme de nk wuduk bersme baush kaki atau wudhuk bese…tolong sye!! …
mule2 kite cuci badan sehingga bersih kemudian kita ambil wudhuk seperti biasa kecuali kaki kerana kaki akan dibasuh akhir sekali?
mule2 kite cuci badan sehingga bersih kemudian kita ambil wudhuk seperti biasa kecuali kaki kerana kaki akan dibasuh akhir sekali?
contoh la hari ni da abes mndi wajib…tp lps 2 arie kuar air mani lg…so,,,kene mndi wajib lg ke…ikut sume cara2 tu mcm bese ke…moga tuhan merahmati bg sesiap yg berjaya menyelesaikn mslh sulit sye ni..insyaallah…
Ya…. anda kna mandi lagi.. kerana anda dlm keadaan kotor.. jika anda tak mandi solat yg anda lakukan TAK SAH. kita mandi wajib supaya solat kita sah..
Bagaimana pun cara mandi xde hal asalkan air smpai ke seluruh anggota badan, UAI ckp, klau berendam dlm kolam tenggelam seluruh anggota bdn then niat pn da sah, yg pnting niat.. wallahualam
Salam.Biasanya perempuan kalau dtg haid berapa hari ya?
wsalam. 7 hari..
trima ksih bngat y atas sranya
Kalau keluar mani pada waktu malam pastu esoknya baru mandi wajib sah tak sbb mse tu tak thu mandi wajib lagi.
boleh jer. tapi kena mandi sblum solat sbuh la ye
nak tanye sikit, perlukah berkumur dan masukkan air ke dalam hidung waktu sdg mandi wajib?
salam… sya trbaca blog ni scara kbtulan… maaf jika kata2 saya ni ada yg terasa.. tapi dr apa yg saya baa di sini. sya dpt buat bbrpa kesimpulan..
:: tak baca & tak faham artikel di atas dgn teliti.
cth: perlu mandi biasa dulu? kata amik wudhu tapi tak prlu basuh kaki? kena hadap kiblat?
jwpn…. ya perlu mandi biasa maksudnya anda mandi mcm biasa guna shampoo dan sabun juga boleh untuk hilangkan kotoran yang boleh mnghalang air ketika mandi wajib rata kena tubuh. mana lah tahu badan kna minyak ker apa ker.. so masa ni la anda mandi guna sabun sebaginya bg betul bersih. kna ingat mandi biasa & mandi wajib ni 2 perkara yg dilakukann serentak. jika kepla berminyak, anda mandilah pakai shampoo. itu dinamakan mandi biasa. mandilah hingga anda yakin diri dah bnar-bnar bersih.
seterusnya.. HARUS hadap kiblat dll.. pendekata hal yg berkaitan HARUS buat dpt pahala, tak buat tak dpt dosa. Ambil wuduk mcm biasa anda dok ambil masa nk solat 5 waktu KECUALI bahgian kaki. Sebab jika dah basuh kaki maknanya tugas mandi wajib kita selesai. Mcm amik wuduk juga kalau dah basuh kaki so kira dah selesai amik wuduk sdangkan kita belum lg ratakan air sleuruh tubuh kan? Jadi basuh kaki adalah akhir sekali krn kita nk ratakan dulu air ke seluruh aggota tubuh.
Anda nk guna hose paip ker, getah paip ker tak kisah…anda duduk bertinggung supaya mudah nk bg air kena serata badan & nk gosok-gosok. Masa dah ready ni niatlah dlm ati.. cth kalau mandi haid..saya baca (Ni brdsarkan niat yg mak sya ajar pd sya) “sengaja aku mengangkat hadas haid sekalian badanku fardhu kerana Allah Taala..” niat ni nk baca dlm ati guna bahasa melayu pun tak apa!! Allah maha mengetahui.
Anda mulakan basuh badan sebelah kanan dahulu. Air tersebut yang kena pada badan jangan putus-putus. erti kata lain terus alirkan air sebelah kanan gosok tempat2 yg terslindung mcm pelipat, ketiak, belakang lutut dll. Buat 3 kali prkara ni. Kemudian buat pula di anggota badan sebelah kiri. Pastikan anda gosok betul2 tau.
ok siap smua kan?? basuh kaki… ok dah sudah.. siap..
SAYA BUKAN ARIF HAL AGAMA, TAPI INI CARA YG SAYA BUAT,.. SEANDAINYA ADA DI SINI YG LEBIH ARIF & LIHAT ADA YG TAK KNA PADA CARA SAYA… TOLONGGGGG BTULKAN CARA SAYA… SAYA JUGA INSAN YG MASIH BLAJAR
Mencankung semasa membasuh bahagian dubur dan qubur adalah sunatkan? Sekiranya semasa kita mandi wajib, tetiba keputihan terkeluar, perlukah kita niat lain?
saya ga tau mandi junub
law nak yg lbih mudah mndi wajib. . snang jerr. . terjun ke laut. . sblum tu,niat la awal2x. . laut kan air mutlak. . komfirm kena smua air pada kulit. . betul tak? ? ?
Huhu
klau kte nk mndi wjib? perlu ke ckp bismillah
saya tak faham part ni —-> Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
bagi niat sebelum mandi, lepastu ada lagi satu niat untuk ketika ingin mengalirkan air ke salah satu anggota badan? susunan macam tak betul je? adakah perlu niat lepastu baru mulakan mandi wajib and then terus mengalirkan air itu ke anggota badan sebelah kanan baru ke kiri, adakah macam itu? tolong jelaskan, terima kasih.
As-Salam… Saya nk tnya ni.. Boley x kita nk mandi wajib mengunakan Paip Hujan? Tlong REPLY.