(BERITA) Pelajar Sekolah Menengah Kelar Bayi Sebaik Dilahirkan Di Betong, Sarawak

| October 18, 2011 | 6 Comments

 

Kes Kekejaman terhadap bayi yang terbaru. Kali ini, kita dikejutkan dengan berita bayi (gambar) yang baru dilahirkan dikelar oleh ibunya. Ibunya masih berusia 16 tahun iaitu seorang pelajar sekolah menengah di kawasan Bentong, Sarawak.

 

Sebelum ini,

  1. Kes campak anak baru lahir dari tingkat 2 sebuah pangsapuri [link].
  2. Berita bapa liwat bayi lelaki yang baru berusia 23 hari [link].
  3. Budak 2 Tahun Dilanggar Van dan Digilis Lori di China [Link].

 

BERITA TV3:

Kisah tergamaknya seorang pelajar wanita tingkatan empat bertindak mengelar leher, perut dan belakang badan bayi perempuannya.

Bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam lalu — ditemui mati di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, pagi tadi.

Kejadian disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai.

Mayat bayi malang itu katanya, ditemui bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan dengan kesan kelaran.

Polis turut merampas sebilah pisau yang disorok dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Dia dihantar ke Hospital Umum Betong untuk rawatan.

Ketika di hospital, pelajar terbabit mengaku melahirkan bayi itu dan bertindak sedemikian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

[sumber] [sumber]

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags:

Category: Berita

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Fakarepain says:

    pompuan ni dah gila meroyan kot

  2. trigyy says:

    huhuhuhu

  3. fuckofLOVE says:

    pmpuan ni mmg cilakak…………tkut malu mngandung p xtakut bunuh nyawa manusia xb’dosa…FUCK OF tis lady………apa mak bpak dia xcukup ajar ka? buat sdap nk tngungjwb huh balik NERAKA jak…

  4. jiji says:

    uji munuh diri dulu.terjun ari pun touge

  5. norini abdullah says:

    cian ngga miak ya,….knk lah d bunuh bayi yg c slh…mun c maok jgn d bunuh…brk lah n org ho…trlampau kejam nya manusia knk tok…dunia dah akhr zaman

Leave a Reply