(ARTIS) Muzzy Band Malaysia, Mohd Namazi Salleh Abang Kepada Noh Hujan

| October 15, 2011 | 0 Comments

 muzzy band malaysia, the muzzy band, muzzy band youtube, muzzy, muzzy band, lagu muzzy, lagu muzzy band, gambar muzzy, gambar muzzy band, biodata muzzy, biodata muzzy band, artis muzzy, artis muzzy band, muzzy utp, muzzy band utp, lagu muzzy utp, lagu muzzy band utp, gambar muzzy utp, gambar muzzy band utp, biodata muzzy utp, biodata muzzy band utp, artis muzzy utp, artis muzzy band utp, muzzy convo fair utp, muzzy band convo fair utp, lagu muzzy convo fair utp, lagu muzzy band convo fair utp, gambar muzzy convo fair utp, gambar muzzy band convo fair utp, biodata muzzy convo fair utp, biodata muzzy band convo fair utp, artis muzzy convo fair utp, artis muzzy band convo fair utp, muzzy malaysia, muzzy band malaysia, lagu muzzy malaysia, lagu muzzy band malaysia, gambar muzzy malaysia, gambar muzzy band malaysia, biodata muzzy malaysia, biodata muzzy band malaysia, artis muzzy malaysia, artis muzzy band malaysia,

 

Mohd Namazi Salleh yang lebih dikenali sebagai Muzzy dan memiliki sebuah band yang dinamakan Muzzy Band. Dia adalah abang kepada Noh Hujan. Dia akan membuat satu persembahan di Convo Fair UTP 2011, Universiti Teknologi PETRONAS.

 

berita penuh dari Harian Metro

BELUMPUN album pertama dipasarkan, Muzzy kini khabarnya sibuk menjalani rakaman album kedua.

Satu tindakan yang cukup berani dan berisiko namun, bagi Muzzy atau nama sebenarnya, Mohd Namazi Salleh, 31, sebagai pemuzik dia bebas berkarya bila-bila masa.

“Hidup saya tidak pernah berenggang dengan gitar. Satu hari mesti tidak sah kalau tidak memetik gitar. “Apabila gitar sudah di tangan maka ilham pun datang dan mula keluar melodi-melodi indah.

“Daripada memerap dalam simpanan, mana-mana lagu yang mempunyai potensi untuk diketengahkan itu lebih baik ia dimuatkan ke dalam album kedua. “Jika album pertama tidak menjadi, sekurang-kurang album kedua boleh dijadikan sebagai taruhan.

“Soal kos ia tidak begitu menjadi beban kerana saya menghasilkan lagu sendiri begitu juga lirik yang turut dibantu isteri saya. “Manakala, proses rakaman, adunan dan ‘mastering’ saya ada ramai kawan-kawan yang boleh membantu,” kata abang Noh Hujan ini.

Tidak merasa puas hanya dikenali sebagai penyanyi, Muzzy juga mahu membina karier yang serius sebagai komposer. Pengalaman 11 tahun bermain muzik di kelab sedikit-sebanyak membantu Muzzy untuk menguasai pelbagai jenis muzik meskipun pada hakikatnya dia seorang pencinta punk rock.

“Saya boleh mencipta lagu balada atau pop walaupun saya bukan penggemar genre berkenaan. “Sebagai pemuzik saya mendengar semua jenis lagu atau erti kata lain semua lagu yang baik.

“Saya tidak punya masalah sekiranya ada permintaan untuk saya menghasilkan lagu-lagu berkonsep demikian,” katanya.

Sebagai permulaan, Muzzy tampil dengan album berjudul Destinasiku yang menampilkan lagu-lagu antaranya Hingga Akhir Nafasku, Destinasiku dan Ingin Sekali Aku.

Jika sebelum ini, Muzzy memilih Hingga Akhir Nafasku untuk dijadikan single pertama namun hasil perbincangan dengan pihak Alibi Music, dia akhirnya bersetuju mengenengahkan Ingin Sekali Aku.

“Lagu ini bersifat peribadi kepada saya. Ia menceritakan kisah percintaan saya dan isteri serta rumah tangga kami termasuklah individu yang sering berada di sisi saya ketika susah dan senang.

“Malah, ketika peringkat awal lagu ini dihasilkan seluruh ahli keluarga kami terbabit. Isteri saya sendiri bertanggung jawab mengemas kini lirik. “Saya berharap lagu diterima baik oleh pendengar, sekali gus memberi inspirasi kepada mereka yang mendengarnya,” katanya. Pada temu bual pertama sekitar Ogos lalu, Muzzy pada mulanya mahu memasarkan albumnya sendiri.

Bagaimanapun, Muzzy sedar untuk pendatang baru sepertinya dia memerlukan bantuan daripada syarikat rakaman untuk membantunya menjalankan promosi dan pemasaran album.

“Selepas difikir-fikirkan dan mempertimbangkan beberapa tawaran akhirnya saya memilih Alibi Music,” katanya.

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: ,

Category: Artis

Leave a Reply