(INFO) 12 Kelebihan Pil Perancang [Pil Mencegah Kehamilan]

| September 11, 2011 | 1 Comment

Masih ramai yang salah anggap mengenai pil perancang dan kurang kesedaran mengenai manfaatnya. Sebagai contoh, sesetengah orang percaya semua pil boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi sewaktu dilahirkan atau menjejaskan kesuburan.

 

Terdapat banyak kebaikan pil perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Ramai beranggapan membawa persepsi buruk kerana dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido (kurang nafsu) dan sebagainya.

 

Pun begitu kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dulu. Selain mencegah kehamilan ia juga mampu:-

 

  1. Mengurangkan sakit sengugut
  2. Merawat jerawat dan kulit berminyak
  3. Mengurangkan PMS – perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  4. Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  5. Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  6. Mengurangkan ovarian cyst
  7. Mengurangkan risiko barah ovari
  8. Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  9. Mengelakkan sakit ketika ovulasi (mid-cycle pain)
  10. Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, paha dan betis
  11. Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  12. Boleh mengawal kedatangan haid

sumber – hmetro

Artikel terbaru dalam kategori yang sama:

Tags: ,

Category: Info, Keluarga

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. TANDA-TANDA WANITA / ISTERI HAMIL ( MENGANDUNG ) ยป TRIGYY.COM | March 29, 2012

Leave a Reply